Wednesday, 21 November 2012

stay strong, gaza


ya allah ya tuhanku, allah yang maha besar yang menciptaku, memberi nafas dan hidup kepadaku, yang memberi segala-galanya untukku. ampunkanlah dosaku, dosa kedua ibu bapaku, dosa rakan-rakanku, dosa semua umat islam yang masih hidup ataupun telah meninggal dunia. ya allah ya tuhanku, aku tahu engkau tuhan yang maha mendengar, jadi terimalah permohonanku untuk saudara-saudara islamku di gaza ini. lindungilah mereka ketika berjuang untuk agama islam, syahidkan mereka jika mereka terkorban, sediakan syurga untuk mereka, lindungilah mereka semua ya allah. lindungilah anak-anak kecil, kaum-kaum ibu dan wanita ya allah. aku tahu ini semua sudah tertulis dalam takdirmu namun engkau kurangkanlah kesakitan yang dihadapi mereka. ya allah ya tuhanku, ampunilah dosa kami kerana tidak mampu membantu saudara-saudara kami di sana. ampunilah kami kerana cuma mampu melihat sahaja mereka menderita. ampunilah kami kerana tidak dapat berjuang bersama mereka ya allah. namun engkau gerakkan hati kami untuk sentiasa mendoakan mereka. sesungguhnya kami tidak memiliki senjata hebat seperti yahudi laknatullah namun kami memilikimu ya allah. dan sesungguhnya senjata terbaik untuk kami adalah dengan memohon kepadamu ya allah. amin.

No comments:

Post a Comment